Assalamualaikum DJ KC,
Maafkan saya kalau cerita saya tidak berapa seram. Tetapi pengalaman saya ini memang membuat saya tertanya-tanya bagaimana perkara ini boleh berlaku. Tahun lepas, sedang saya mengalami sedikit masalah setelah keguguran kali kedua, saya banyak menyendiri sehingga saya mengalami kemurungan. Dan pada ketika itu, ramai teman-teman saya menghubungi saya untuk memberi saya perangsang dan mengembalikan semangat saya.
Seorang teman saya, Janet, akan menghubungi saya tiap-tiap hari pada waktu rehatnya pada jam 12 tengah malam dan saya akan buat panggilan bersidang bersama ramai lagi teman saya sehinggalah Subuh. Janet bekerja secara tetap syif malam, jadi waktu kerjanya bermula dari jam 5.30 petang hingga ke 3.00 pagi.
Pada satu malam, saya sedang membuat panggilan bersidang bersama Janet, salah seorang teman lelaki saya yang sangat dikenali di kalangan teman-teman saya sebagai Fahmi, dan Faridah, teman karib saya, Tiba-tiba Faridah terasa bagaikan sesuatu yang bakal terjadi. Dia meminta izin untuk melakukan solat hajat dan berzikrullah. Faridah memang seseorang yang sensitif terhadap perkara-perkara mistik ini.
Setelah Faridah meletakkan telefon, tinggallah saya, Fahmi dan Janet. Janet ketika itu sedang bekerja dan latar belakangnya agak bising. Fahmi pula sedang berada di salah sebuah kem di Choa Chu Kang kerana sedang menjalani perkhidmatan negara. Tiba-tiba, Fahmi berkata, "Alamak, 'Dia' datanglah, Badan aku tak bersih ni" dan dia terus terdiam.
Janet memanggil-manggil Fahmi dan selepas 5-10 minit mendiamkan diri, dia terus bersuara dengan suara seperti seorang nenek tua dan memanggil nama sebenar saya. Untuk pengetahuan semua, Fahmi tidak pernah mengetahui nama sebenar saya. Teman-teman saya mengenali saya sebagai Dalifah. Jadi di saat dia memanggil nama sebenar saya, Kamaliah, saya tersentak.
Saya terus meletakkan telefon dan menghubungi Faridah, menceritakan segala yang berlaku. Dia terus membaca Ayat Kursi dan menyuruh saya mengikutinya. Sedang saya ikut membaca Ayat Kursi, badan saya terasa berpeluh-peluh, padahal bilik saya menggunakan kipas yang besar dan saya menghidupkannya dengan putaran penuh. Saya pula terasa kaku, dan tidak dapat bergerak. Badan kiri saya terasa panas bagaikan terbakar.
Tiba-tiba, di jalan raya yang memisahkan rumah saya dan masjid, saya terdengar seperti ada kemalangan yang berlaku. Bunyi tayar kereta kedengaran membuat brek kecemasan dan bunyi seperti dua kereta berlanggaran.
Saya menjadi cemas dan bertanya kepada Faridah, apa yang terjadi kerana saya takut untuk bangun dan saya juga masih belum lagi boleh bergerak. Faridah berkata, "Entahlah. Tak tahu." Tapi saya positif yang dia menyimpan sesuatu dari saya. Selepas itu, Fahmi terus diganggu sehinggalah ibunya memandikannya dengan mandian bunga.

*********************************************************************************
Kisah kedua saya:
Semalam, sekitar jam 12.30am, saya terdengar di luar tingkap saya seperti ada seorang perempuan ketawa. Saya baring di atas katil dan terus saya terdengar ada sesuatu jatuh di luar tingkap saya. Untuk pengetahuan semua, tingkap rumah saya ini bukanlah yang ada koridor. Hanya ada parapet. Jadi bagaimana saya boleh terdengar orang ketawa dan benda terjatuh di luar tingkap saya? Tetapi sebelum itu, pada waktu Maghrib, saya sudah terdengar orang mengetuk tingkap bilik saya. Nasib baik tingkap bilik saya, saya tidak pernah buka.
Itu sahajalah. Terima kasih.
TERIMA KASIH KAMALIAH!!!